Pages

Thursday, March 14, 2013

"PENANTIAN SATU PENYEKSAAN"



Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
tajuk hamba pada kali ini adalah mengenai penantian adalah satu penyeksaan.. Ya!! menantikan sesuatu yang xpasti sgt menyeksakan hati.. resah di hati tiada siapa yang tahu..kecuali maha suci engkau yaAllah.. Ketentuan yg telah engkau rencana kan penuh dengan segala hikmah yang tersembunyi.. pahit manis hidup tiada siapa yang dapat rasa kecuali diri kita sendiri.. Allah menguji setiap insan dengan perancangan dan aturannya mengikut persepsi diri seseorang.. Allah xkan menguji seorang hambanya melebihi kemampuan hambanya.. mungkin ada yang menempuhi nasib yang sama.. tetapi berlainan cerita.. Hari ini hamba terkenangkan nasib.. ujian apakah lagi yang Allah nak bagi pada hamba yang lemah ini.. semoga Allah sentiasa kuatkan lagi semangat hamba untuk menempuhi setiap ujian Mu yaAlllah hurabbi.. Hamba bersyukur kerana masih lagi di uji kerana hamba tahu Allah masih lagi sayangkan hamba.. semoga Allah sentiasa ampunkan dosa2 hamba yang lepas.. sangat hina hamba Mu ini penuh dengan dosa.. sesungguhnya manusia tidak pernah lari dari kesilapan kecuali Rasul junjungan kita yang paling mulia disisi Allah.. Ya Allah.. hamba tahu.. xsemua apa yang kita nak dan kita impikan apa yang akan kita dapat.. kemungkinan apa yang hamba tidak suka adalah apa yang terbaik bagi hamba.. sesungguhnya hamba memerlukan petunjuk mu Ya Allah.. berilah petunjuk dalam segala hikmah ini.. Wahai teman2.. ingatlah, jodoh pertemuan itu rahsia Allah.. kita hanya perlu tawakal, berdoa dan terus usaha untuk mencari tanpa putus asa..(pada yang masih lagi single). usah lagi terkenang pada cerita yang lepas, Allah dah aturkan semua dengan baik untuk jadikan iktibar dan kenangan.. maka bangkitlah untuk cerita yang baru, insyaAllah lagi baik yang Allah dah aturkan untuk kita untuk dijadikan pengalaman lagi manis.. Ya Allah, sebelum ini kau temukan kami.. dan kau pisahkan kami dengan cara yang baik.. penuh tanda tanya dengan segala hikmah sehingga hamba mu ini sedar akan setiap ketentuan Mu..wlaupun sepahit hempedu yang hamba perlu hadapi..tetapi takdir Mu telah mengatakan tidak untukku maka hamba redha dengan apa yang telah engkau catatkan untukku. mungkin hari esok kau temukan lagi pengganti yang lebih baik.. Ya Allah.. sekiranya ia adalah yang terbaik untuk ku.. maka permudahkan lah segalanya.. hamba berserah sepenuh hati kepada Mu.. hamba hanya mampu berdoa dan berusaha dengan daya hamba yang masih termampu.. hamba tahu..engkau telah merancang dengan sebaik-baik rancangan untuk setiap hamba-hamba Mu.. Sekiranya hamba jatuh cinta pada seorang hamba Mu kerana Agamanya..maka kau satukanlah hati kami.. Jika hamba jatuh hati hanya kerana nafsu dunia, maka engkau jauhkan lah setiap perasaan yang wujud dalam hati ini.. Ampuni hamba Mu ini ya Allah.. tiada cinta yang kekal abadi penuh suci kecuali cinta kerana mencari keredhaan mu YaAllah..


Assalamualaikum penutup bicara hati..^_^








"Air mata doa gugur dikala sujud kepada mu"


Monday, February 25, 2013

Mencari keredhaan Allah


Keredhaan Allah adalah matlamat tertinggi bagi setiap mukmin. Ini tergambar menerusi bait-bait syair yang sering diungkapkan di dalam zikir munajat:


إلهى أنت مقصودى ورضاك مطلوبى

Bermaksud:

Tuhanku, Engkaulah yang aku tuju, keredhaanMu adalah pencarianku.

Keredhaan Allah hanya boleh dicapai dengan beriman kepadaNya yang Esa lagi Maha Kuasa, taat kepada segala titah perintahNya, tenang dan yakin terhadap janji-janjiNya. Inilah orang yang dinamakan mutmainnah. Para malaikat memanggil mereka agar kembali ke Pangkuan Tuhan mereka dengan mendapat limpahan kasih dan redhaNya.

!Wahai jiwa yang tenang"

Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya"

"Maka masuklahlah ke dalam golongan hamba-hambaKu

"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "  (Al-Fajr:27-30)

Menurut Imam at-Tobari, nafs mutmainnah atau jiwa yang tenang bermaksud jiwa yang sentiasa tenang dan yakin kepada janji Allah. Dia berjanji kepada mereka yang beriman kepadaNya bahawa mereka akan mendapat kemuliaan di dunia dan akhirat. Lalu mereka yang beriman percaya kepada janji tersebut.

Beliau menyebut tafsiran lain terhadap maksud nafs mutmainnah ialah, jiwa yang percaya dan yakin bahawa Allah adalah Tuhannya, tunduk kepada perintahNya, menerima segala ketentuanNya.

Pendapat lain ialah, jiwa yang yakin bahawa Allah adalahTuhannya dan sentiasa bersiap sedia untuk mentaati dan melaksanakan perintahNya.

Justeru, orang yang benar-benar ingin mencari keredhaan Allah mestilah mengikhlaskan niat, hanya keredhaan Allah yang dicari, bukan sanjungan manusia, bukan pujian orang ramai dan bukan juga kepuasan diri sendiri.

Seorang lelaki menemui gurunya, Basyar bin al-Harith al-Hafi, imam yang alim, warak dan zuhud meminta izin untuk pergi menunaikan haji kali kedua selepas menunaikan haji fardhu pada tahun sebelumnya.

Maka Basyar bertanya lelaki tersebut: “Apa yang mendorong kamu untuk pergi? Adakah kerana kamu seorang yang zuhud, yang tidak memerlukan harta di dunia, atau kerana kamu rindukan Baitillah, atau kerana kamu ingin mencari keredhaan Allah?”

Lelaki itu menjawab: “Bahkan aku pergi kerana ingin mencari keredhaan Allah!”

Basyar bertanya lagi: “Berapakah perbelanjaan yang telah kamu sediakan untuk tujuan tersebut?”

Lelaki itu berkata: “Dua ribu (2,000) dirham.”

Basyar berkata kepadanya: “Mahukah aku tunjukkan kamu cara untuk kamu mendapat keredhaan Allah dalam keadaan engkau duduk di negeri kamu?”

Lelaki itu menjawab: “Sudah tentu saya mahu.”

Lalu Basyar menjelaskan: “Pergi cari 10 orang yang tidak mampu membayar hutang, maka kamu langsaikan hutang-hutang mereka. Pergi kepada seorang faqir agar dia dapat meluruskan kekusutan dirinya, orang yang mempunyai tanggungan supaya ahli keluarga yang ditanggungnya dapat mengecapi kehidupan yang selesa, penjaga anak yatim agar dia dapat membahagiakannya. Kalau hatimu sanggup memberi kepada seorang daripada mereka, lakukanlah. Sesungguhnya kamu memasukkan kegembiraan ke dalam hati seorang muslim, menolong orang yang susah, melapangkan kesempitan, membantu orang yang lemah adalah lebih afdhal daripada 100 kali haji selepas menunaikan haji Islam.”

Basyar berkata lagi: “Sekarang, katakan kepadaku wahai rajul (orang lelaki), yang mana satukah engkau pilih? Katakan kepadaku, apa yang ada di dalam hatimu?

Lelaki itu menjawab: “Wahai Abu Nasr, aku lebih berharap untuk musafir ke Baitillah!”

Basyar berkata kepadanya: “Sesungguhnya harta benda, jika dikumpul daripada kekotoran dagangan dan jalan-jalan yang syubuhat, dia akan menuntut dari jiwa kita supaya memenuhi kehendaknya, maka kita akan lakukan amal yang zahirnya nampak soleh, pada hal Allah enggan menerima kecuali daripada orang-orang yang bertaqwa.”

Justeru, mencari keredhaan Allah bukan sekadar beramal dengan amalan-amalan yang pada zahirnya nampak soleh. Sebaliknya, kita mesti memahami secara menyeluruh amalan-amalan yang disukai Allah serta memilih mana yang lebih utama dan lebih besar manfaatnya. Bukan memilih mana yang kita gemar dan yang kita suka semata-mata.

Tuesday, February 12, 2013

Info Khasiat 8 Makanan Sunnah Nabi & Di antara Yg Terbaik Di Dunia





1) Khasiat KURMA (PHOENIX DACTYLIFERA)

Kurma ialah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Ia mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional. Dari segi saintifik, kurma amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, di mana ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.

Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten di dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Selain daripada gangguan usus, kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit.

Kurma juga merupakan penawar yang mujarab bagi mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk, kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghilangkan batuk.

Kurma adalah tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan kerana ianya telah disebut sebanyak 21 kali di dalam Al-Quran. Mengikut pendapat pakar perubatan, kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita, sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah SWT:

"Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya (pohon) itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu." (Surah Maryam: 25)

Ayat ini menyarankan kepada ibu Nabi Isa AS iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau sedang sarat mengandung.

Rasulullah SAW juga pernah bersabda: "Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan-santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar.”

Rasulullah SAW juga pernah bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat.”

Selain itu terdapat kajian yang menunjukkan kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim selain berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Kurma juga membantu mencegah sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan serta menambahkan tenaga seksual. Ia juga membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga berupaya melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati.




2) Khasiat HABBATUS SAUDA’ (NIGELLA SATIVA)

Habbatus Sauda’ (Nigella Sativa) atau Jintan Hitam ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Ianya digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As-Sam (maut).” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Dalam kitab Al-Tibb An-Nabawi (Pengubatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenali juga sebagai ‘Al-Habbah Al-Barokah’. Dalam kitab tersebut disebutkan bahawa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa kesan sampingan. Ibnu Qayyim menyatakan Habbatus Sauda’ berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitis, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya. Terdapat juga kajian yang mendapati Habbatus Sauda’ mempertingkatkan system imunisasi badan terhadap penyakit.

Kajian juga mendapati bahawa Habbatus Sauda’ berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser. Habbatus Sauda’ juga didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.Coli, dan V.Cholera. Ini bermakna Habbatus Sauda’ juga baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

Kajian terbaru pula yang telah disiarkan di dalam sebuah majalah perubatan di negara China, bahawa Jintan Hitam (Habbatus Sauda) boleh membantu mencegah jangkitan H1N1 dengan meminum air suam yang telah direndamkan bijian hitam tersebut. Ini adalah kerana ia mengandungi nilai nutrisi yang tinggi bagi meningkatkan sistem imuniti tubuh manusia untuk melawan sebarang jangkitan virus termasuk H1N1.

Di Timur Tengah, minyak ini telah digunakan secara turun temurun sebagai ubat untuk segala jenis penyakit alergi, radang, gangguan menstruasi, tekanan moral, dan depresi,. Malah ia juga berupaya merawat bronkitis, asma,dan neurodermatitis serta pencernaan, dsb.





3) Khasiat ZA’FARAN (CROCUS SATIVUS)

Za’faran atau nama saintifiknya ‘Crocus Sativus’ ialah sejenis bunga yang paling berharga dan mempunyai banyak khasiat dan amat terkenal di dalam bidang perubatan. Ia juga digunakan sebagai bahan campuran semulajadi dalam pelbagai jenis makanan dan minuman serta di dalam bidang kosmetik.

Za’faran atau Saffron adalah sejenis tumbuhan berbunga yang mana stigma bunga ini diambil dan dikeringkan. Dalam kitab-kitab perubatan Islam, terlalu banyak diperkatakan tentang khasiat Za’faran, begitu juga sudut perubatan moden Barat. Ia kaya dengan vitamin B1 & B2 (Riboflavin & Thiamin).

Antara khasiatnya ialah membantu menyempurnakan proses penghadaman, menguatkan ingatan, merawat anemia, mengawal tekanan darah & kolestrol, mengurangkan risiko serangan sakit jantung, mengurangkan keletihan, sembelit, bisa-bisa sendi, penenang diri & juga perangsang tenaga batin. Pengambilan secara tetap minuman ini pada setiap hari akan membolehkan tubuh membina daya ketahanan menghadapi pelbagai penyakit seperti lelah dan demam biasa.

Dalam kitab Tibbul Imama A'li, Saidina Ali (k.w) menyatakan: "Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'Asal (madu) diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."





4) Khasiat BUAH DELIMA (PUNICA GRANATUM)

Buah delima, atau nama saintifiknya Punica Granatum, mempunyai pelbagai keistimewaan. Selain dari sedap dimakan, ia juga mempunyai yang tinggi dari sudut kesihatan. Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur yang penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia.

Buah delima juga berupaya memperbaiki usus-usus dan menguatkannya, membersihkan bahagian dalam tekak serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah batuk. Walaupun begitu buah delima masam juga berupaya mencegah dari muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing. Ini kerana buah delima mengandungi bahan pencengkam yang mampu memegang dinding saluran perut.

Buah delima kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamin, niacin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah. Buah delima adalah sejenis buah yang terdapat di dalam syurga sebagaimana firman Allah SWT:

"Di dalam kedua syurga itu ada buah-buahan, kurma dan delima.”(Surah Ar-Rahman:68)





5) Khasiat KISMIS (VITUS VINIFERA)

Kismis merupakan buah anggur yang sudah dikeringkan. Kismis digunakan sebagai sumber diet bagi mendapatkan asid lemak dan tokoferol sebagai antioksidan. Kismis baik untuk hati, memperbaiki keanjalan kulit dan meningkatkan memori.

Selain itu ia juga berupaya melawan bakteria mulut yang menyebabkan pereputan gigi kerana ia mengandungi asid oleanik dan betulin yang menghalang tindakan bakteria. Kismis juga mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah yang membekalkan oksigen ke otak. Kekurangan oksigen boleh menyebabkan aktiviti harian terganggu, mudah mengantuk, pelupa dan lemah. Kismis mengandungi karbohidrat, fiber, lemak, protein, kalsium dan natrium yang merupakan mineral-mineral penting untuk badan.

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian."

Nabi Muhammad SAW juga bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan, menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.”




6) Khasiat BUAH TIN (FICUS CARICA)

Buah tin adalah buah yang paling istimewa di kalangan orang Islam kerana satu surah dalam Al-Quran dinamakan ‘Surah At-Tiin’. Pada buah tin terdapat sumber makanan, buah-buahan serta nilai perubatan yang tinggi. Buah Tin yang dikenali sebagai Ficus Carica adalah sumber makanan yang baik kerana ia merupakan buah yang lembut serta mudah dihadam serta mengandungi serat yang tinggi.

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Makanlah kamu semua dan makan darinya (buah Tin),” Sabda Nabi SAW lagi: “Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata "inilah buahnya". Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan faedah bagi sendi-sendi."

Hadis ini terbukti apabila kajian yang dijalankan membuktikan bahawa Buah Tin benar-benar memberi kesan dan penawar kepada penyakit buasir, bengkak-bengkak pada badan, melawaskan air kencing serta merawat batuk yang berpanjangan, selain bermanfaat untuk mengubati sembelit, bermanfaat untuk hati dan limpa.

Dikatakan bahawa Buah Tin juga bermanfaat bagi mencegah kanser. Menurut hasil kajian perubatan, selain kaya dengan kalsium dan potassium, Buah Tin juga mengandungi benzaldehyde yang bermanfaat melawan sel-sel kanser. Selain itu ia juga mengurangkan kadar kolesterol, menguatkan jantung dan meneutralkan pernafasan bagi pesakit lelah.






7) Khasiat MADU LEBAH

Madu lebah telah digunakan sejak berzaman dalam perubatan sama ada secara sendirian ataupun sebagai salah satu bahan dalam ramuan ubat tertentu. Allah SWT telah menyatakan di dalam Al-Quran bahawa madu adalah satu penawar bagi pelbagai jenis penyakit dan ia juga merupakan kesukaan Rasulullah SAW. FirmanNya:

"Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu pada gunung-ganang dan pada pokok-pokok kayu, dan juga pada bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala buah-buahan serta turutlah jalan-jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang macam-macam warnanya, di dalamnya mengandungi ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sungguh pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berfikir.” (Surah An-Nahl: 68~69)

Amalan pemakanan madu lebah secara berterusan adalah amat baik untuk kesihatan kerana ia memiliki pelbagai keistimewaan. Bagi pesakit kencing manis, kandungan gula fruktos yang terdapat dalam madu lebah mampu membakar bahan-bahan bergula yang berlebihan di dalam tubuh bagi menggantikan ketidakmampuan glukos melakukannya.

Madu lebah juga sesuai diamalkan oleh mereka yang mengalami penyakit limpa dan sebagai bahan yang paling baik untuk merawat luka-luka dan bengkak kulit. Pengambilan madu lebah juga mampu mengekalkan paras rupa seseorang (awet muda) sekiranya sentiasa diamalkan.
Khasiat madu lebah juga berupaya mengubati sakit perut, gastrik, resdung, sakit kepala, sakit pinggang, sakit sendi, alahan, asma, darah tinggi, menghilangkan kahak, serta menguatkan badan bagi golongan yang berumur.




8) Khasiat ZAITUN (OLEA EUROPAEA)

Zaitun atau nama saintifiknya Olea Europaea adalah sejenis buah yang telah disebut oleh Allah SWT di dalam Surah At-Tiin. Ini kerana buah Zaitun bermanfaat sebagai sumber makanan dan perubatan. Segala yang terdapat pada pohon zaitun memberi manfaat kepada manusia sama ada minyak, kayu, daun atau buahnya. Minyak zaitun amat terkenal di kalangan orang Arab kerana cahaya yang dipancarkannya adalah bersih.

Minyak zaitun juga digunakan sebagai bahan masakan dan dapat menghilangkan kesan melecur akibat terkena api dengan menyapu minyak pada bahagian kulit tersebut. Buahnya yang pahit juga dapat membaikpulih perut, mengeluarkan cacing, menghaluskan kulit, meneutralkan racun serta melambatkan tumbuhnya uban.

Zaitun juga dapat mencegah kegemukan dengan mempercepatkan pembakaran lemak dan mencegah gula diubah menjadi lemak. Selain itu, ia juga menguatkan system imunisasi tubuh. Satu kajian di Amerika Syarikat mengaitkan zaitun dengan peningkatan kadar nitric oxide, molekul jantung sihat yang meningkatkan pelebaran pembuluh darah dan aliran darah.

Rasulullah SAW pernah bersabda: “Makanlah buah Zaitun dan gunalah minyaknya kerana itu adalah buah berkat.”


Monday, February 11, 2013

Berpisah Kerana Allah




Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang
Jika cinta satu pasti bertemu ia tidak ternilai

Kerana antara hati kita
Telah tiada antaranya lagi
Yang ada hanya cinta kasih Ilahi

Kita berpisah hanya sementara
Kerana pertemuan bukan milik kita
Jasad dan suara berjauhan sentiasa
Namun cinta abadi

Biar terpisah selalu menderita
Kerana syurga menagih ujian
Sedang neraka dipagari oleh nikmat
Bertemu tidak jemu berpisah tak gelisah

Bicara kita adalah bicara sufi
Tanpa suara dan kata-kata
Kerana penghubung kita adalah suara hati
Bertemu berpisah kerana Allah


"Manusia sering kali merumuskan bahawa perpisahan itu merupakan sesuatu yang perit, pedih, sedih.. kadang2 perpisahan juga merupakan satu solusi kepada masalah...Walau apapun, kita seringkali gagal mencari hikmah disebalik perpisahan yang berlaku. Hikmahnya diibaratkan seperti jarum didalam rimbunan jerami.Sukar dan sulit untuk ditemukan."

Doa Seorang Kekasih - In-Team

Dekatkan Jodoh



"Apabila lelaki dan wanita itu telah mengetahui ciri-ciri yang boleh menarik perhatian pasangan masing-masing,hendaklah memulakan langkah pertama"

Berdoa dan Berusaha
   Jodoh di tangan Allah ,namun kita wajib berusaha mendapatkannya.Gunakan pelbagai usaha dan ikhtiar yg di benarkan syariat kemudian berdoa dan terus berdoa.Serta dengan tawakal,insya Allah akan mendapat jodoh yang diimpi.
   Prinsipnya,doa kita akan di kabulkan oleh Allah s.w.t apabila kita berdoa sesuai dengan ketentuanNya sebagaimana yang di perintahkan Allah serta di contohkan oleh Rasulullah s.a.w.Namun demikian ,walaupun kita sudah berdoa yang benar,ternyata hal yang kita inginkan sering kali tidak menjadi kenyataan.
   Berdoa mestilah tepati dengan tuntutan syarak.Bukan dalam keadaan penuh dengan kemaksiatan kemudian berdoa kepada Allah,ini adalah salah.
   Sabda Nabi s.a.w.."Sesungguhnya doa seseorang itu tidak lepas dari salah satu dari tiga perkara iaitu ,adakalanya di ampunkan dosanya,adakalanya di berikan kebaikan segera(dikabulakan sesuai dgn permintaan) dan adakala di tunda pengabulannya."(Riwayat al-Dailami)

Amati Orang di Sekitar Anda
   Kita mungkin terlepas pandang dengan orang di sekitar atau yang hampir dengan kita.Mungkin mereka adalah salah seorang wanita atau lelakiyang mempunyai ciri-ciri idaman kita.Semua orang mempunya jodoh yang di janjikan Allah..Lumrahnya kebanyakkan jodoh kita terdiri daripda orang tidak jauh daripada kita.Namun ,masih ada kemungkinan seseorang itu berjumpa dengan orang yang jauh dan tidak pernah berjumpa sebagai contoh berkenalan melalui laman sosial seperti facebook,telefon dan sebagainya.Ada juga yg jumpa agak jauh contohnya Malaysia-Lubnan .Itulah jodoh kita.

Tidak Mudah Patah Semangat
   Rasulullah s.a.w bersabda"Allah benci pada orang yang patah semangat tetapi syaitan tetapi syaitan sukakanya." Kebanyakannya orang yang berputus asa dalam memiliki jodoh mula jodoh mula membuat tanggapan tentang jodoh.Tanggapan yang asyik berlegar di minda hanya menyebabkan semakin sukar bertemu jodoh.

Menyucikan Hati
   Hati manusia sering dihinggapi pelbagai penyakit mazmumah seperti benci,riyak,takbur,ujud,hasad,dengki dan sebagainya.Oleh sebab itu ,hati perlu banyak bermuhasabah,bertaubat dan beristghfar serta memaafkan orang lain.Hati yang bersih akan memancarkan sinar ketulusan di wajah seseorang menyebabkan seseorang itu sejuk di pandang mata.Maka,mudahlah orang akan jatuh cinta terhadapnya.

Sentiasa Bersedia Bertemu Pasangan
   Persiapkanlah diri dalam keadaan kemas,bersih,wangi dan ceria walau di mana sahaja kita berada.Kita tidak dapat menolak kemungkinan bahawa di sesuatu tempat yang kita pergi itu mungkin menjadi tempat pertemuan pertama kita dengan bakal pasangan.
   Allah sukakan keindahan kerana Allah itu cantik serta indah.Jadilah hamba yang di sukai Allah dan sentiasa menitiberatkan soal kecantikan dan kebersihan diri.Sesungguhnya ia juga boleh mempengaruhi tanggapan orang lain terhadap keindahan ajaran Islam kerana kita adalah duta islam setiap masa.

Melengkapi Ciri2 Wanita dan Lelaki Idaman
   Perbaiki segala kelemahan dan bersyukur serta istiqamah dengan segala kelebihan.Cuba sedaya upaya memasukkan sebanyak mungkin sifat2 wanita atau lelaki idaman ke dalam diri sendiri.Sebagaimana kita mengimpikan seorang wanita/lelaki idaman ,bakal pasangan kita juga turut mengimpikannya.Maka,coraklah langkah bermula dengan diri kita untuk menjadi insan yang diimpika oleh seseorang.

Jodoh ketentuan Allah tapi kita mampu berdoa dan berusaha untuk minta di jodohkan
 dengan insan pilihan kita,insya Allah



Petikan dari : Dato' Dr.Fadzilah Kamsah

Masih Mencari Cinta @ Jodoh??


Assalamualaikum..

hye u ollz.. entri lpas aqu dh janji nk post soal jodoh.. ok now aqu nk tunaikan hasrat ni.. sesuai kepada yg masih mencari cinta.. bkn psl jodoh aqu k..sbb aqu xjumpe jodoh pun lg.. masih jgk mencari..hee.. cari jodoh ok?? bkn cari pkwe utk couple.. ok jom baca.. aqu ada copy ayat2 ni dr blog someone.. menarik jgk.. kje copy jer aqu kan?? bkn nk buat ayt sendiri..kehkeh!! bkn xnk buat ayt sendiri..sbb ayt aqu mahal sgt..cewash!! prasan lg.. meluat kan??haha.. ok dah2.. 

jom layanz!!!...

Cinta....
Masya Allah! Semua orang ingin bercinta. Lumrah manusia normal dan tidak songsang, pastinya ingin bercinta. Tidak kira la lelaki mahupun perempuan, semua ingin bercinta dan merasai bahagia.Tapi sayang, hakikatnya tiada istilah couple dalam islam. Sebenarnya cara dalam masyarakat islam sekarang dah lari dari landasan syariat yang di anjurkan islam.

Couple...
Boyfriend / Girlfried sudah menjadi trend pada masa kini dan menjadi pelik apabila seseorang tidak mempunya pasangan. Rata-rata remaja di IPT pastinya telah pun berpunya, maksud aqu bercouple. Jika di tanya awak sudah berpunya? Awak ada girlfriend/boyfriend? Boleh kita berkawan? Rata-rata jawapan yang akan dapat..

  • Dah,saya dah ada gf/bf.
  • Maaf, saya dah berpunya.
  • Sori, tak boleh kenal awak lebih2 sebab saya hormatkan seseorang.
Dan macam2 lagi soalan dan jawapan yang akan dapat..

Risau..
Ramai yang mengeluh dan bimbang sekiranya masih tiada lagi pasangan hidup. Ramai terutamanya remaja yang mengejar dan mencari cinta sedangkan benda ni tidak perlu risau kerana segala-galanya telah di tetapkan oleh Allah s.w.t.. Jodoh, ajal dan maut semuanya telah di tetapkan Allah. Jangan cemari hubungan percintaan yang tidak sah ini dengan dosa dan maksiat.


Cinta sebelum kahwin...
Cinta sebelum ada ikatan yang sah pastinya akan bermain mesej sebelum membuat sesuatu perkara dan akan bagitau semua kepada pasangan apa yang kita nak buat.Telefon pasangan siang dan malam? tengok wayang setiap minggu? makan bersama setiap hari? Di mana letaknya kemanisan di dalam sesebuah perkahwinan seandainya kita sudah menghabiskan masa bersama dengan pasangan sebelum berkahwin? Dan yang paling pelik! Ramai rakan2 yang memberi dorongan dan cemburu kerana rakannya ada pasangan yang romantik dan mengambil berat dalam percintaan.

Syukur...
Bagi aqu orang yang tidak dapat melalui kehidupan seperti ini sepatutnya bersyukur kerana terpelihara daripada melakukan maksiat dan dosa. Terpelihara kerahsiaan yang ada dalam diri kita daripada di ketahui pasangan yang belum tentu menjadi milik kita. Jodoh kita tidak tahu dengan siapa. Adakah dengan orang yang kita benci? Adakah dengan orang jauh dari kita? Adakah orang dekat dengan kita. Semuanya sudah di tentukan Allah taala.

Bertaubat...
Bagi pasangan yang sedang 'bahagia', janganlah terlalu bangga dan selesa dengan apa yang di buat. Allah maha melihat.. Jika tidak mendapat balasan sekarang, mungkin Allah akan membalas segala perbuatannya ketika di usia tua, di kubur mahupun di akhirat. Nauzubillah..Bertaubatlah kerana Allah Maha Pengampun.


Bercinta Selepas Kahwin...
Aqu tidak tahu apakah benar cinta selepas kahwin ni seronok ataupun tidak sebab aqu sendiri tidak alami dan merasai lagi. Tapi aqu yakin dan percaya, hakikatnya memang seronok! Betapa indahnya bercinta selepas kahwin. Dapat jalan bersama-sama, tgk wayang, makan bersama, bermesra, honeymoon, melancong, melakukan aktiviti riadah bersama dan sebagainya tanpa rasa berdosa dan bersalah kepada Allah dan Ibu Bapa.. Masya Allah.. Aqu tak pernah alami tapi boleh bayangkan betapa indahnya kehidupan yang halal.

Tidak Larang...
Islam tidak larang untuk bercinta tetapi biarlah dengan landasan yang betul. Berkawanlah dengan biasa kerana berkawan dapat hindarkan daripada membuat maksiat. Ketika berkawan jika rasa itulah jodoh kita, masuklah minang. Semuanya ada di anjurkan dalam islam..Hebat!

Ingatlah...Lelaki baik tidak akan mudah untuk melafazkan janji-janji manis dan perempuan yang baik tidak pula mudah menyerahkan cinta..Allah Maha Pengampun dan Maha Pengasih.. 

Allahualam!!~