Assalamualaikum..
hye u ollz.. entri lpas aqu dh janji nk post soal jodoh.. ok now aqu nk tunaikan hasrat ni.. sesuai kepada yg masih mencari cinta.. bkn psl jodoh aqu k..sbb aqu xjumpe jodoh pun lg.. masih jgk mencari..hee.. cari jodoh ok?? bkn cari pkwe utk couple.. ok jom baca.. aqu ada copy ayat2 ni dr blog someone.. menarik jgk.. kje copy jer aqu kan?? bkn nk buat ayt sendiri..kehkeh!! bkn xnk buat ayt sendiri..sbb ayt aqu mahal sgt..cewash!! prasan lg.. meluat kan??haha.. ok dah2..
jom layanz!!!...
Cinta....
Masya Allah! Semua orang ingin bercinta. Lumrah manusia normal dan tidak songsang, pastinya ingin bercinta. Tidak kira la lelaki mahupun perempuan, semua ingin bercinta dan merasai bahagia.Tapi sayang, hakikatnya tiada istilah couple dalam islam. Sebenarnya cara dalam masyarakat islam sekarang dah lari dari landasan syariat yang di anjurkan islam.
Couple...
Boyfriend / Girlfried sudah menjadi trend pada masa kini dan menjadi pelik apabila seseorang tidak mempunya pasangan. Rata-rata remaja di IPT pastinya telah pun berpunya, maksud aqu bercouple. Jika di tanya awak sudah berpunya? Awak ada girlfriend/boyfriend? Boleh kita berkawan? Rata-rata jawapan yang akan dapat..

- Dah,saya dah ada gf/bf.
- Maaf, saya dah berpunya.
- Sori, tak boleh kenal awak lebih2 sebab saya hormatkan seseorang.
Dan macam2 lagi soalan dan jawapan yang akan dapat..
Risau..
Ramai yang mengeluh dan bimbang sekiranya
masih tiada lagi pasangan hidup. Ramai terutamanya remaja yang mengejar
dan mencari cinta sedangkan benda ni tidak perlu risau kerana segala-galanya telah di tetapkan oleh Allah s.w.t.. Jodoh, ajal dan maut semuanya
telah di tetapkan Allah. Jangan cemari hubungan percintaan yang tidak
sah ini dengan dosa dan maksiat.
Cinta sebelum kahwin...
Cinta sebelum
ada ikatan yang sah pastinya akan bermain mesej sebelum membuat sesuatu
perkara dan akan bagitau semua kepada pasangan apa yang kita nak
buat.Telefon pasangan siang dan malam? tengok wayang setiap minggu? makan
bersama setiap hari? Di mana letaknya kemanisan di dalam sesebuah
perkahwinan seandainya kita sudah menghabiskan masa bersama dengan
pasangan sebelum berkahwin? Dan yang paling pelik! Ramai rakan2 yang
memberi dorongan dan cemburu kerana rakannya ada pasangan yang romantik
dan mengambil berat dalam percintaan.
Syukur...
Bagi aqu orang yang tidak dapat
melalui kehidupan seperti ini sepatutnya bersyukur kerana terpelihara
daripada melakukan maksiat dan dosa. Terpelihara kerahsiaan yang ada
dalam diri kita daripada di ketahui pasangan yang belum tentu menjadi
milik kita. Jodoh kita tidak tahu dengan siapa. Adakah dengan orang yang
kita benci? Adakah dengan orang jauh dari kita? Adakah orang dekat dengan
kita. Semuanya sudah di tentukan Allah taala.
Bertaubat...
Bagi pasangan yang sedang
'bahagia', janganlah terlalu bangga dan selesa dengan apa yang di
buat. Allah maha melihat.. Jika tidak mendapat balasan sekarang, mungkin
Allah akan membalas segala perbuatannya ketika di usia tua, di kubur
mahupun di akhirat. Nauzubillah..Bertaubatlah kerana Allah Maha
Pengampun.
Bercinta Selepas Kahwin...
Aqu tidak tahu apakah benar cinta selepas kahwin ni seronok ataupun
tidak sebab aqu sendiri tidak alami dan merasai lagi. Tapi aqu yakin dan
percaya, hakikatnya memang seronok! Betapa indahnya bercinta selepas kahwin. Dapat jalan bersama-sama, tgk wayang, makan bersama, bermesra, honeymoon, melancong, melakukan
aktiviti riadah bersama dan sebagainya tanpa rasa berdosa dan bersalah
kepada Allah dan Ibu Bapa.. Masya Allah.. Aqu tak pernah alami tapi boleh
bayangkan betapa indahnya kehidupan yang halal.
Tidak Larang...
Islam tidak larang untuk bercinta tetapi biarlah dengan landasan yang betul. Berkawanlah dengan biasa kerana berkawan dapat hindarkan daripada membuat maksiat. Ketika berkawan jika rasa itulah jodoh kita, masuklah minang. Semuanya ada di anjurkan dalam islam..Hebat!
Ingatlah...Lelaki baik tidak akan mudah untuk melafazkan janji-janji manis dan perempuan yang baik tidak pula mudah menyerahkan cinta..Allah Maha Pengampun dan Maha Pengasih..

Allahualam!!~

No comments:
Post a Comment