Pages

Tuesday, February 5, 2013

KATA MUTIARA WANITA SOLEHAH~


"WANITA SOLEHAH PENYERI TAMAN SYURGA"

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran, Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,Wahai wanita jangan pula berduka cita atas kekurangan dirimu, Kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu.

 Ciri-Ciri Wanita Solehah :Sabda Rasulullah s.a.w ; orang yang paling sempurna diantara mereka yang beriman ialah yang paling baik budi pekerti, dan yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang paling baik terhadap keluarga. (riwayat Al-Tarmizi) Mentaati dan menyenangkan hati ibu. Perempuan yang menjaga agamanya adalah satu keuntungan. Mentaati suami dan menjaga kehormatan diri ketika ketiadaan suami (bagi yang telah bersuami) Kesederhanaan dan kemurnian merupakan sebahagian daripada iman. Tidak menceritakan keaiban suami kepada orang lain (bagi yang telah bersuami) Wanita disuruh menutup kecantikannya kecuali kepada suami, saudara terdekat dan kanak2 yg belum mengerti tentang keaiban. 

KELEBIHAN SEORANG WANITA- Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orangwali,- Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelakisoleh,- Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,- 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil,Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

 Wanita Solehah :Penyeri Taman Syurga Wanita ibarat bunga...cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara...Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya...kerana akhlaq itu umpama bunga diri..Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk..tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu...Ibarat bunga.. ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya...Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan...Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar..tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya....Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita.

No comments:

Post a Comment